Want your
own Fotopage?








 
Selamat Datang Ke Fotopages Zukeri

By: Zukeri Ya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Jun-2009 01:39 Email | Share | Bookmark
GAMBAR LAMA

 
 

Ini gambar arwah mak ayah aku, kita orang panggilnya WA. Beliau meninggal dalam usia 80-an. Yang aku respek kat wa aku ni ialah beliau boleh bekerja berat sampailah ke mati. Jarang-jarang sakit dan tak pernah sakit teruk. Tapi yang aku terkilan ialah aku tak sempat berada di sampingnya sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ini pula mak kepada mek aku, kita orang panggilnya CIK. Beliau berketurunan Cina tapi dipelihara oleh orang Melayu sejak kecil. Beliau juga dah meninggal beberapa tahun yang lepas.


Ini gambar keluarga aku. Inilah adik-adik perempuan aku masa kecil. Ada sorang laki, namanya Zahari.Aku, adik aku Idi dan abang aku,Meri tak ada dalam gambar ini. Laki payah sikit nak ambil gambar.


Inilah abang aku, Zamri(Meri), Susah sangat nak bergambar. Ni pun gambar masa dia Tingkatan 5.


Ini gambar adik aku Zaidi(idi), ni pun sorang lagi, bukan main susah nak ambil gambar bersama keluarga. Adik beradik aku yang lelaki semuanya pemalu orangnya, termasuk jugalah ngan aku.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net