Want your
own Fotopage?






 
Selamat Datang Ke Fotopages Zukeri

By: Zukeri Ya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Sep-2008 04:13 Email | Share | Bookmark
BAGAIMANA TUAK ATAU NIRA KELAPA DIHASILKAN?

 
 
 
Di sini aku akan ceritakan serba sedikit bagaimana tuak atau nira kelapa dihasilkan. Kebetulan semasa aku balik kampung sempena cuti 31 Ogos, ayah aku ada "menyadat tuak"(istilah yang digunakan oleh orang Kelantan)

Inilah pokok kelapa atau nyiur yang akan disadat oleh ayah aku untuk menghasilkan tuak.

Diambil dari jarak yang lebih dekat.

Mayang kelapa perlu diikat terlebih dahulu supaya ia tidak pecah. Kemudian pada bahagian hujung mayang tadi akan dipotong sedikit supaya tuak dapat keluar.Keadaan ini akan dibiarkan sehari.

Pada keesokannya barulah mayang yang telah dipotong tadi akan ditadah dengan menggunakan "tukil"(tempat tadahan air tuak).Dahulu tukir ini diperbuat daripada buluh, sekarang nak senang digunakan sahaja botol air minuman.Biasanya air tuak akan dipungut dua kali sehari iaitu pagi dan petang

Setiap kali air tuak dipungut, hujung mayang kelapa akan dipotong sedikit demi sedikit sehinggalah air tuak tidak keluar lagi. Selepas itu, ikatan pada mayang tersebut akan dibuka.

Inilah hasilnya, air tuak atau nira, sangat enak diminum, tambah-tambah lagi pada musim puasa seperti sekarang. Tuak mesti disimpan dalam peti supaya tidak masam. Kalau masam ia tak boleh diminum lagi kerana tuak tadi telah bertukar menjadi minuman yang memabukkan. Tapi kalau ia dibiarkan dalam masa yang lama ia boleh digunakan semula kerana ia telah bertukar menjadi cuka. Cuka ini lebih sedap daripada cuka yang kita beli kat pasar.

Air tuak atau nira yang fresh kalau dimasak boleh dijadikan manisan(istilah ore kelate) atau gula melaka.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net