Want your
own Fotopage?






 
Selamat Datang Ke Fotopages Zukeri

By: Zukeri Ya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Mar-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
BRUNEI DALAM KENANGAN

 
 
 
Inilah gambar-gambarku semasa bekerja di Brunei Darussalam(1996-2004). Bekerja di negara orang banyak mengajar aku erti kehidupan. Banyak kenangan manis dan pahit tersimpan dalam sanubariku. Akan aku kenang sampai bila-bila. Inilah ilmu yang tidak ada di mana-mana sekolah dan universiti.




Mengiringi Sultan ke pameran sejarah.

Bergambar kenangan bersama Sultan, Putera Mahkota, Ahli Lembaga Pengarah Sekolah
dan pengetua.


Guru-guru yang mengajar di bahagian menengah di Sekolah Menengah Chung Hwa 2002.

Guru-guru yang mengajar di bahagian rendah di Sekolah Menengah Chung Hwa 2002.

Guru-guru Bahasa Melayu di SMCH.

Tahun pertama bekerja, nampak macam bebudak lagi, hehehe...

Guru-guru Bahasa Melayu

Gambar bersama pemenang pertandingan syarahan antara kelas.

Inilah kelas yang yang aku jaga, tak ramai, supaya senang kawal, biasalah sekolah Cina.
Mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Bergambar semasa perlawanan badminton antara guru-guru seluruh Brunei. Setiap tahun
dimenangi oleh Sekolah Chung Hwa.


Bersama hadiah reket yang dimenangi dalam perlawanan tersebut


Pada tahun yang lain juga dimenangi oleh Sekolah Menengah Chung Hwa, bergambar
bersama hadiah yang dimenangi.


Perlawanan badminton peringkat akhir antara Universiti Brunei Darussalam dengan Sekolah Menengah Chung Hwa.

Bersalaman dengan TNC UBD sebelum perlawanan dimulakan.

Pasangan utama Chung Hwa, aku dan Tony.

Dalam acara sukan tahunan, rumah hijau yang dibimbing oleh aku, tony dan lain-lain
memenangi secara keseluruhan.


Memberi sokongan kepada peserta yang sedang berlari.

Menerima piala kemenangan keseluruhan daripada Ahli Lembaga Pengarah Sekolah.

Bersama kawan-kawan, bergambar berlatarbelakangkan Masjid bersejarah di Brunei iaitu
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, masjid tercantik reka bentuk dan seni binanya di Asia
pada masa itu. Dari kiri, Cikgu Poh, Cikgu Govind, Cikgu Tony, Cikgu Chew dan Cikgu Zukeri(aku).


Beraya di rumah Cikgu Alifah.

Tahun Baru Cina di rumah Pengetua.

Beraya di rumah Ustaz Rozan.

Terima hadiah sempena hari guru.

Jerudong Park

Jerudong Park

Bahagian luar Shoping Complex Hua Ho di Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Malam kebudayaan sekolah, aku disuruh memperagakan pakaian punjabi.

Bersama kengkawan di Tuaran Sabah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net